Thursday, October 21, 2010

Sistem Pilihanraya AGM CzeMSA 2010

Salam dan selamat sejahtera.

Perwakilan yang hadir pada AGM mempunyai hak untuk mencalonkan nama perwakilan yang lain untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu. Maka dengan ini ahli Czemsa yang lain tidak akan terlibat secara langsung dalam proses ini.

Berdasarkan system yang telah sedia ada, Presiden Czemsa mestilah ahli Czmesa Praha yang mana dengan ini hanya perwakilan dari Praha sahaja yang layak dicalonkan untuk bertanding dalam jawatan terbabit. Pencalonan yang tidak mengikut dasar ini akan digugrkan serta merta. Manakala untuk jawatan-jawatan yang lain ahli-ahli perwakilan bebas untuk mencalonkan sesiapa diantara mereka.

Pilihanraya kali ini akan dijalankan secara manual kerana untuk menjimatkan masa dan memudahkan semua, tambahan pula tidak melibatkan pengundi yang ramai. Maka telah ditetapkan seperti berikut;

1.    pencalonan dibuka untuk semua jawatan
2.    pencalonan ditutup
3.    pengundi hanya perlu mengangkat tangan
4.    undi dibilang, undi terbanyak dikira pemenang
5.    keputusan diumumkan. Pengundian selesai


senarai nama perwakilan akan disusurkan pada post seterusnya
terima kasih.

No comments: