Thursday, August 26, 2010

PENERANGAN

20% ahli daripada lokaliti masing-masing termasuk hicom dijemput untuk menghadiri Annual General Meeting (AGM) di Prague. 

Ketika pilihanraya GM lokaliti masing-masing berlangsung, proses pengundian untuk memilih wakil-wakil untuk bertanding portfolio General Election Czemsa (GEC) semasa AGM berlangsung juga perlu dijalankan. Wakil-wakil ini akan bertanding untuk jawatan;

1) President CzeMSA besar- hanya calon dari Prague
2) Vice President
3) Honorary General Secretary
4) Honorary Treasurer
5) Representative for each major races : Malay, Chinese, Indian(one each)

Wakil-wakil yang akan bertanding untuk 5 jawatan tersebut mestilah memberi maklumat-maklumat anda kepada wakil lokaliti masing-masing yang mana akan di paparkan dalam blog ini untuk mempromosikan diri masing-masing sebelum proses membuang undi dijalankan. sekian

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Wednesday, August 18, 2010

PEMBERITAHUAN/INFORMATION GENERAL ELECTION CZEMSA (GEC)

Bersempena dengan kedatangan Annual General Meeting Czemsa(AGMC) pada 16/10/2010, presiden-presiden di bahagian lokaliti masing-masing diminta beri perhatian:

                Prague: Muhammed Azhar Rosdan
                Hradec Kralove: Azizul Salehuddin
                Olomouc: Abd Rahman Karim

Maka dengan ini anda hendaklah melantik 2 orang pelajar bagi menjalankan tugas-tugas Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) di lokaliti masing-masing.

Setelah General Meeting(GM) di setiap lokaliti masing-masing dijalankan, maka hendaklah 2 wakil SPR(lokaliti masing-masing) menjalankan tugas-tugas berikut dengan segera. Antara tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka adalah seperti berikut:

-          Memberi maklumat kepada saya berkenaan ahli-ahli HICOM baru yang dilantik
-          Memastikan undian dijalankan(ketika GM lokaliti) untuk memilih wakil-wakil untuk bertanding portfolio General Election Czemsa(GEC) semasa AGMC berlangsung
-          Memastikan 20% daripada ahli czemsa lokaliti untuk menghadiri AGMC di Prague
-          Memberi maklumat  calon-calon yang akan dipertandingkan dalam GEC seperti gambar, nama, umur, moto etc kepada saya.
-          Mempromosikan General Election Czemsa Blog ini di lokaliti masing-masing. Segala perkembangan akan disusuli disini. 

Maklumat selanjutnya akan di maklumkan dari semasa ke semasa. Maka segerakanlah apa yang perlu supaya masalah di depan hari tidak timbul.
Terima kasih
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Tuesday, August 17, 2010

PEMBERITAHUAN/INFORMATION


Dimaklumkan bahawa General Meeting (GM) Praha akan di adakan pada tarikh 2/10/2010. Election lokaliti Czemsa Praha akan dijalankan pada ketika GM Praha ini berlangsung. Setelah proses pemansuhan kuasa pemegang-pemegang jawatan terdahulu selesai, proses pengundian semula akan dijalankan. Antara jawatan yang akan dipertandingkan adalah:


1.   President locality (Praha)
2.   Deputy of President
3.   Treasurer
4.   Head of Education Bureau
5.   Head of Islamic Welfare Bureau
6.   Self Development Bureau
7.   Sports and Activity Bureau
8.   Head of Multimedia Bureau
9.   Head of Logistic Bureau


Lebih kurang 2 minggu setelah GM Praha dijalankan, satu lagi acara iaitu Annual General Meeting (AGM) Czemsa akan diadakan di Praha yang mana melibatkan 3 buah lokaliti iaitu Praha, Hradec Kralove, dan Olomouc. Untuk maklumat lanjut berkenaan GM Praha boleh melayari ElecP blog. Maklumat lanjut berkenaan dengan AGM Czemsa akan disiarkan pada paparan seterusnya. Sekian

PENGENALAN KEPADA GENERAL ELECTION CZEMSA:

BLOG INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI INFORMASI KEPADA WARGA UNIVERSITI DI CZECH REPUBLIC DAN SEMUA TENTANG PROSES “GENERAL ELECTION CZEMSA” YANG AKAN DIADAKAN KETIKA “ANNUAL GENERAL MEETING” (AGM) CZEMSA BERLANGSUNG DI PRAGUE.

PERKARA SELANJUTNYA AKAN DI PAPARKAN PADA PAPARAN YANG AKAN DATANG. SEKIAN